EvoM kesal tindakan sebar flyers palsu

Flyers ini merupakan satu usaha terancang untuk memburukkan imej EVOLUSI MAHASISWA di mata Mahasiswa. Penyebaran yang begitu sistematik seperti mana penyebaran flyers Pro-M yang serentak tersebar di 10 buah fakulti. Jika dibuat analisis yang lebih mendalam, modus operandi dan kaedah penyebaran flyers Pro-M dan ‘Evolusi Mahasiswa’ adalah sama. Dan kami sangat pasti orang yang menyebarkan flyers Pro-M adalah pihak pro-M sendiri. Kami juga percaya flyers yang dikatakan sebagai milik Evolusi Mahasiswa juga disebarkan oleh pihak Pro-M sendiri!!!
Terlebih dahulu kami ingin MENAFIKAN SEKERAS-KERASNYA bahawa flyers ini dihasilkan oleh pihak kami dan MENYATAKAN bahawa kami TIDAK PERNAH berniat menghasilkan flyers sebegini.
Pihak EVOLUSI MAHASISWA mempunyai lebih daripada 300 orang tenaga penggerak dan juga ramai penyokong. Mereka sangat komited untuk memastikan EVOLUSI MAHASISWA terus berkhidmat kepada Mahasiswa pada bila-bila masa dan ketika. Dan mereka langsung tidak diarahkan untuk menyebarkan flyers palsu yang sedang hangat di fakulti-fakulti sekarang ini. Anda boleh menemui mereka pada pilihanraya akan datang tidak lama lagi.
Flyers ini menggambarkan pihak EVOLUSI MAHASISWA memanipulasi nama MPP untuk tujuan publisiti mereka melalui tajuk ‘PERUTUSAN PRESIDEN MPP’. Jika kami mahu, kami boleh menggunakan nama ‘PERUTUSAN PENGERUSI EVOLUSI MAHASISWA’ dan kami tidak perlu menggunakan nama MPP untuk meraih populariti.
Di dalam flyers ini juga digambarkan bahawa Hadi mengeluarkan kenyataan bagi pihak EVOLUSI MAHASISWA sedangkan beliau tidak pernah mengarahkan dan mengeluarkan kenyataan menghentam pihak Pro-Mahasiswa melalui platform rasmi. Ini adalah fitnah yang sangat jelas!
Kenyataan ‘Bagi saya PRO-M adalah perosak minda Mahasiswa’ adalah sesuatu yang sangat melampau dan tidak berakhlak. Malah kami tidak perlu berbuat begini untuk meraih kepercayaan Mahasiswa. Saudara Hadi ada menulis pendapat peribadi iaitu Pro-M = PeRosak Minda Mahasiswa akan tetapi tulisan beliau telah di’edit’ dengan baik oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Lihat di sini Pro-M = PeRosak Minda Mahasiswa.
Saya tidak mengetahui motif pihak yang yang menyebarkan flyers ini dan apa yang mereka mahukan. Yang pasti, EVOLUSI MAHASISWA tidak menggunakan platform MPPUTM dalam merealisasikan matlamat perjuangan kami untuk KEBAJIKAN dan KEBAIKAN Mahasiswa. Kami ingin berterima kasih kepada pihak yang ‘baling batu sembunyi tangan’ dan tidak bertanggungjawab ini kerana sudi mempromosikan blog kami, evolusimahasiswa.blogspot.com
Comments (0)
Post a Comment