PERKONGSIAN BERSAMA

Posted by HazizIshak | | Posted on 8:07 AM

0


...bersua kembali...
...sesungguhnya sudah lama ku tinggalkan laman ini...
di sini juga ku mengambil peluang kepada untuk mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan final bagi tahun ini...semga semua dapat menjawab dengan hati yang tenang dan sabar dan tidak terlalu tertekan semasa di kerusi exam... sentiasa tarik nafas dengan tenang dan lancar...supaya sistem pernafasan dapat mengalir dengan sempurna...
ok laa...berbalik kepada tujuan asal... selama ini bukan mendiamkan diri tapi cuba mencari ruang untuk mengisi masa dengan perkara-perkara baru dan penting...
sepanjang tempoh tidak meng-update-kan blog ini telah bnyak perkara yang berlaku... tidak kira samada ia perkara baik atauppun buruk yang boleh dijadikan contoh teladan ataupun menolak ia ke tepi untuk di buat... semua boleh berfikir sendiri...

1) baru-baru ini juga mpp telah mengadakan lawatan ke Parlimen Malaysia yang bertujuan mengadakan sesi dialog bersama dengan Menteri Kerja Raya iaitu Dato' Shaziman Abu Mansor... tambahan lagi UTM juga merupakan anak angkat di bawah kepimpinan beliau yang mana diharap supaya sedikit sebanyak kita boleh berkongsi pengalaman ataupun pendapat serta nasihat yang boleh dijadikan inspirasi kepada kita untuk mencapai tahap seperti beliau miliki sekarang... disamping itu juga kita boleh mengambil peluang ini untuk berdamping bersama beliau dalam usaha melontarkan idea serta perubahan yang boleh dilakukan dalam mencorakkan Kepimpinan Malaysia yang lebih konsisten dan interaktif segaris dengan era masa kini... beliau juga amat mengharapkan kita sebagai mahasiswa yang dikatakan mempunyai idea yang bernas serta effisyen dapat berkongsikan idea tersebut bersama beliau dalam arus mencorakkan pentadbiran Malaysia yang lebih efisyen...=)

2) seperti mana kita ketahui program pesta konvo baru sahaja berlangsung mempunyai banyak onak dan rintangan untuk di lalui sepanjang ia brlangsung...pelbagai cabaran terpaksa di hadapi bagi mereka yang terlibat...namun adakah ia dapat memuaskan hati semua pihak...jawapannya terletak pada diri anda sendiri untuk mnilai dan meletakkan kepuasan anda di mana tahapnya...
segala penambahbaikkan perlu di buat agar mahasiswa dilihat lebih matang dalam segala urusan...mengata saya mnimbulkan statement tersebut, jawapannya ada aalah kerana program yang berlangsung baru-baru ini telah menimbulkan kontroversi di kalangan ramai pihak...tidak tahu dari mana puncanya dan di hrap dapat di kawal untuk masa2 akan datang...

3) pada tahun ini juga bayak perubahan yang ingin dicapai oleh pihak UTM seperti mana yang cuba menjadi sasaran Naib Canselor kita Prof. Dato' Ir. Dr. Zaini Ujang daam usaha mencorakkan UTM menjadi sebuah Universit yang terkemuka baik di peringkat tempatan mahupun di peringkat antarabangsa...untuk maklumat yang lebih lanjut lagi saya mencadangkan agar anda melayari laman web: http://www.utm.my/vicechancellor/content/view/344/46/
pelbagai input dan pengetahuan yang lebih mantap anda akan perolehi dan dapat mengetahui apakah yang menjadi penekanan Universiti dalam usaha mencapai kemajuan tersebt...

banyak lagi perkara untuk saya kongsikan bersama anda...dan saya akan cuba untuk update dari semasa dalam usaha berkongsi perkara yang sepatutnya bersama anda...:-)

UNTUK SEMUA

SALAM TAHNIAH DAN JUGA TAKZIAH kepada barisan calon yang memenangi kerusi dalam MPP UTM 09/10... di harap kepada yang gagal jgn cpat berputus asa dan menghentikan perjuangan anda d sparuh jalan... suara dan idea2 anda masih d perlukan oleh mhasiswa2 UTM ke arah mencapai kemajuan bersama ke arah kebaikan... kami amat berharap anda dapat sentiasa bersama kami dalam meneruskan perjuangan dan kami juga akan sentiasa bersama anda dalam membentuk kepimpinan yang berkualiti dalam mencapai visi da misi yang telah ditetapkan..

perjuangan tetap perjungan... sama seperti MPP2 d IPTA2 yg lain.. tujuan utama adalah untuk memperjuangkan hak dan kebajikan mahasiswa supaya sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik dan selesa semasa berada dlm tempoh pengajian... perjuanga MPP bukan hanya tertumpu pada sesi semasa di bawah kepimpinannya malah perancangn dan kebajikan yang diusahakan dan diperjuangkan adalah bagi mencapai kebajikan untuk jangka masa panjng... maksud saya perjungn yang di lakukan bukan sahaja dapat di rasai oleh kita sahaja malah untuk adik2 kita yang akan datang... dan kdg2 kita sendiri tidak merasai hasil perjuangn kita kerana apa yg diperjuangkan memakan msa utk memperolehi hasilnya dan biarlah adik2 kita yang mnikmati hasil perjuangan kita.. bgitu juga lah dengan abg2 kita dahulu yang mana telah bersusah payah memperjuangkan hak dan kebajikan mahasiswa dalam menghasilkan yang terbaik untuk adk2 mereka... namun hasil itu mereka sndiri tidak dapat merasainya dan kita sekarang secara realitinya telah merasai hasil itu sekarang ini...

jadi apa yang saya nak tekankan pada peringkat awalnya di sini anda jangan lah cepat melatah dan melontarkan kata2 tanpa berfikir dgn apa yg keluar dari mulut anda.. biarlah anda menjadi seorang mahasiswa yang berkualiti dari segi intelektual atau pamikiran yang bijaksana mahupun profesional dalam satu2 tindak tanduk anda.. saya menyeru jangan lah berfikir hanya dengan mengikut emosi.. akan tetapi biarlah kita berfikir bersama apakah yang terbaik untuk kita suarakan dan hasilkan yang terbaik untuk generasi akan datang yang a baik juga untuk kita secara tidak langsung... saya percaya ramai dari kalangan kita yang mempunyai idea2 dan pendapt2 yang bernas untuk diperjuangkan dan disuarakan... maka inilah masanya..lontarkanlah idea2 anda melalui cra yang betul dan mudah untuk diterima oleh pihak lain...

kita di ktakn org yg bijak pndai, berada di gedung ilmu... mempunyai daya pemikiran yang kreatif dan inovasi... maka lontarkanlah dengn cara yg betul... ada pepatah mengatakan bahawa "sekirnaya kita ingin di hormati, maka kita perlu menghormati orang terlebih dahulu, sekiranya kita ingin org menerima pandngn kita, maka kita perlu menerima pandangan org terlebih dahulu"... sekirnya keadaan ini bleh d wjudkan maka peraduan sudah tentu dapat di wujudkan dan secara tidak langsung perjungn juga dapt di teruskan oleh mana2 pihak yang sepatutnya memperjuangkan hak2 pengikut2 nya... akan tetpi sekiranya kita sendiri tidak tahu cara beradab, menghormati, jujur dan segalanya adakah kita mampu untuk memperjuangkan apa yang kita mahu perjuangkan... FIKIR-FIKIR KAN LAH!!!

Oleh itu d sini suka ingin saya katakan bahawa nk memeprjuangkan sesuatu perkara bukannya mudah klau kita tidak mempunyai prinsip diri yang membuatkan orang lain hilang rasa hormat pada kita... TANYALAH PADA DIRI ANDA SENDIRI!!!

DI SINI saya ingin menyeru kepada seluruh mahasiswa UTM sekiranya ada idea2, pndangan2 yg bernas, masalah2 dan sebagainya yang berkaitan dengan mahasiswa ke arah pembangunan mahasiswa yang boleh kita perjuangkan bersama demi kebaikan bersama maka lontarkanlah ia mengikut cara ataupun landasan yang betul yang mana kita dapat memperoleh hasilnya yang dapat di nikmati bersama kebaikannya...- SEBAGAI MAHASISWA UTM, JADILAH MAHASISWA YANG MEMPUNYAI MINDA KREATIF DAN BERINOVASI-

"MAHASISWA UNTUK MAHASISWA"

Keputusan PRK MPP 20092010

Posted by HazizIshak | | Posted on 8:52 AM

0


Berikut adalah keputusan PRK MPP 2009/2010

Kerusi Umum:


1. Muhammad Zaki Bin Omar - 7837
2. Nor Amanina Binti Ab Rahim - 7335
3. Mohd Rozi Bin Harun - 6778
4. Muhammad Miqdad Bin Che Mohd Rozi - 6360
5. Nur Syazana Binti Azahar - 5992
6. Ahmat Rajab Bin Khairul Yusri - 5899
7. Muhammad Uzair Bin Azizan - 5739
8. Farah Hanim Mohd Dexter Howell - 5729
9. Yin Leang Huat - 5659
10. Siti Mariam Abdul Lathiff - 5655

Kerusi Fakulti:

Fakulti Alam Bina:
1. Nurfatin Aqilah Binti Mohd Yusof -547
2. Noor Aimran Bin Samsudin - 503
3. Mohd Ainuddin Bin Khairuddin - 403

Fakulti Biosains Dan Biokejuruteraan:
1. Iezzat Emeer Bin Affandi - 189
2. Nor Hafiza Binti Omar - 183
3. Khairina 'Izzati Binti Amir Hussain - 149

Fakulti Kejuruteraan Awam:
1. Siti Amirah Binti Basirun - 683
3. Nurulhayati Bte Md Yusoff - 645
2. Mohd Affendi Bin Ismail - 621

Fakulti Kejuruteraan Bioperubatan dan Sains Kesihatan:
1. Ng Ken Hoo (menang tanpa bertanding)
2. Jihan Atikah Binti Md Jalani (menang tanpa bertanding)
3. Nazirahhanim Binti Sharipudin (menang tanpa bertanding)

Fakulti Kejuruteraan Elektrik:
1. Nur Azim Fahada Bin Ahmad - 870
2. Ku Abd Muhyi Bin Ku Abd Hamid - 841
3. Umi Kalsom Binti Mohamad Yusof - 633

Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli:
1. Izam Ikhwan Bin Kamaruddin - 918
2. Nor Aida Binti Yusoff - 713
3. Ahmad Syairazi Bin Rasid - 653

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal:
1. Muhammed Amirul Asyraf bin Hasnan - 822
2. Mohd Fadzli Bin Ismail - 818
3. Nurul Fatiha Binti Mesbah - 805

Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi:
1. Wan Ahmad Hazwan Bin Wan Daud - 545
2. Nur Syahida Binti Anuar - 472
3. Chew Jian Long - 467

Fakulti Pendidikan:
1. Mohd Sharhan Bin Abu Bakar - 636
2. Anis Bin Abd Wahab - 622
3. Ummu Sulaim Binti Osman - 542

Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia:
1. Berlina Dolores Doyou - 885
2. Mohd Hazizi Bin Ishak - 644
3. Loke Wei Kit - 458

Fakulti Sains:
1. Nurul Khalida Binti Hidzir - 772
2. Iskandar Zulkarnain Bin Mohamad Idris - 744
3. Lee Wei Bin - 540

Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat:
1. Mohamad Ariff Bin Makhfudz - 534
2. Nur Aqilah Binti Sabri - 529
3. Chaw Sau Shen - 463

Kampus UTMKL
5 Orang calon bebas telah menang tanpa bertanding

MAKNA DI SEBALIK KEMENANGAN

Posted by HazizIshak | | Posted on 7:44 PM

0

ASSALAMUALAIKUM WBT...
telah di tetapkan oleh QADA dan QADAR di atas apa yang berlaku adalah segala-galanya ditetapkan oleh Allah SWT terhadap hamba2 nya... oleh itu selepas berusaha bersungguh2, stelah bertungkus lumus, stelah dengn pnat lelahnya maka dengan itu Allah akan memberi hasilnya kepada hambanya sebgai ganjaran di atas usaha yang telah di lakukakn... Di atas apa yang berlaku pasti ada hikmahnya... maka tanggal 28Jan2010, pada jam lebih kurang 6.00pm-7.00pm teah di umumkan barisan kepimpinan untuk bg calon fakulti dan pada mlm nya detik jam 11 pm di umumkn kmengn bg calon umum barisn kpmpinan MPP UTM 2009/2010.,. TAHNIAH kepada semua calon yang memenangi kerusi bg calon fakulti dan umum... wlubgaimnpun, kita jgn lpa tggjwb sbnr yg prlu d pikul di ats amnh dan kprcyaan yg d beri...semoga kita sama2 dapat mlksnakn tggjwb dan memberikn yg tbaik utk mhasiswa UTM baik utk skrg mhupon utk akn dtg...

"SELAMAT MENJALANKAN TUGAS"


TERIMA KASIH SEMUA

Posted by HazizIshak | | Posted on 11:01 AM

0

alhamdulillah.... setelah beberapa bercekang mata bersma rakn KU akhirnya impian teah di sinari dgn kilauan kemengan... terima kasih kepada rakan2 yang banyak membantu dalam usaha menyokong perjuangn ini ke arah kebaikan bersama dan ke arah memeprolehi kepentingn bersama... bantuan yang di berikan amat saya hargai dan tidak dapat membalasnya... hnya Allah sahaja yang akan membalasnya jasa baik anda... walaubagaiamana pon semua berlandaskan kepada kepercayaan dan harapan yang anda berikan kepada saya...maka dgn itu saya tidak mempersia2kan di atas kepercayaan dan harapan yang d letakkan di atas bahu saya ini.. saya akan perjuangkn demi untuk kepntingan dan kebaikan bersama tidak kira sama ada untuk sekarg mahupun kepada genarasi yang akan datang... tidak lupa juga kepada jentera2 dari kolej yang banyak memberi bantuan dlm ke arah mengejar kmenangan... saya percaya atas usaha dan doa anda kita memeprolehi kemengan yang terbaik...

PERJUANGANKU

Posted by HazizIshak | | Posted on 8:35 AM

0


"PERJUANGANKU UNTUK SEMUA" itulah hasrat yang tertanam di dalam jiwaku sejak aku di bangku sekolah lagi.. entah mengapa semangat ini makin membara setelah menjejak kaki ke IPTA.. niat ku supaya aku dapat berjasa kepada sesiapa yang berada di sekeliling aku.. aku ingin brjuang demi semua agar nasib, harapan, dan hak mereka yang sepatutnya terbela.. sempena PRK yg bakal tiba ini aku berhasrat dapat memberi yang terbaik kepada mahasiswa agar suara, keperluan dan hak mahasiswa UTM dapat dapat dipenuhi dengan jayanya.. bukan cakap kosong, bukan janji kosong... tp yang pasti apa yg ingin ku perjuangkan adalah untuk kebaikan kepada semua mahasiswa...

EvoM kesal tindakan sebar flyers palsu

KENYATAAN RASMI EVOLUSI MAHASISWA UTM MENAFIKAN PENYEBARAN FLYERS PALSU BERTAJUK 'PERUTUSAN PRESIDEN MPP'




Oleh : Mohd Izwan Bin Yusof*
Hari ini penuh dengan kejutan rupanya. Pagi Isnin yang begitu indah ini disambut dengan satu lagi kejadian yang pada kami adalah satu provokasi yang tidak bermoral. (kami tidak mahu menyebut ‘provokasi jahat di sini’). Akan tetapi itulah yang berlaku. Penyebaran flyers yang dinamakan ‘Perutusan Presiden MPP’ begitu luas tersebar di merata-rata fakulti. Mungkinkah di bilik-bilik kolej selepas ini? Saya tidak tahu.

Flyers ini merupakan satu usaha terancang untuk memburukkan imej EVOLUSI MAHASISWA di mata Mahasiswa. Penyebaran yang begitu sistematik seperti mana penyebaran flyers Pro-M yang serentak tersebar di 10 buah fakulti. Jika dibuat analisis yang lebih mendalam, modus operandi dan kaedah penyebaran flyers Pro-M dan ‘Evolusi Mahasiswa’ adalah sama. Dan kami sangat pasti orang yang menyebarkan flyers Pro-M adalah pihak pro-M sendiri. Kami juga percaya flyers yang dikatakan sebagai milik Evolusi Mahasiswa juga disebarkan oleh pihak Pro-M sendiri!!!

Terlebih dahulu kami ingin MENAFIKAN SEKERAS-KERASNYA bahawa flyers ini dihasilkan oleh pihak kami dan MENYATAKAN bahawa kami TIDAK PERNAH berniat menghasilkan flyers sebegini.

Pihak EVOLUSI MAHASISWA mempunyai lebih daripada 300 orang tenaga penggerak dan juga ramai penyokong. Mereka sangat komited untuk memastikan EVOLUSI MAHASISWA terus berkhidmat kepada Mahasiswa pada bila-bila masa dan ketika. Dan mereka langsung tidak diarahkan untuk menyebarkan flyers palsu yang sedang hangat di fakulti-fakulti sekarang ini. Anda boleh menemui mereka pada pilihanraya akan datang tidak lama lagi.

Flyers ini menggambarkan pihak EVOLUSI MAHASISWA memanipulasi nama MPP untuk tujuan publisiti mereka melalui tajuk ‘PERUTUSAN PRESIDEN MPP’. Jika kami mahu, kami boleh menggunakan nama ‘PERUTUSAN PENGERUSI EVOLUSI MAHASISWA’ dan kami tidak perlu menggunakan nama MPP untuk meraih populariti.

Di dalam flyers ini juga digambarkan bahawa Hadi mengeluarkan kenyataan bagi pihak EVOLUSI MAHASISWA sedangkan beliau tidak pernah mengarahkan dan mengeluarkan kenyataan menghentam pihak Pro-Mahasiswa melalui platform rasmi. Ini adalah fitnah yang sangat jelas!

Kenyataan ‘Bagi saya PRO-M adalah perosak minda Mahasiswa’ adalah sesuatu yang sangat melampau dan tidak berakhlak. Malah kami tidak perlu berbuat begini untuk meraih kepercayaan Mahasiswa. Saudara Hadi ada menulis pendapat peribadi iaitu Pro-M = PeRosak Minda Mahasiswa akan tetapi tulisan beliau telah di’edit’ dengan baik oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Lihat di sini Pro-M = PeRosak Minda Mahasiswa.

Saya tidak mengetahui motif pihak yang yang menyebarkan flyers ini dan apa yang mereka mahukan. Yang pasti, EVOLUSI MAHASISWA tidak menggunakan platform MPPUTM dalam merealisasikan matlamat perjuangan kami untuk KEBAJIKAN dan KEBAIKAN Mahasiswa. Kami ingin berterima kasih kepada pihak yang ‘baling batu sembunyi tangan’ dan tidak bertanggungjawab ini kerana sudi mempromosikan blog kami, evolusimahasiswa.blogspot.com